Kenapa Ramai Ibu Bapa Memilih SRI THAQAFAH.

Pilihan pendidikan hari ini menentukan asas masa depan anak kita.

Fokus Al-Qur’an & Akhlak

Bukan sekadar akademik, tetapi membina asas al-Qur’an dan akhlak yang akan anak bawa sepanjang hidup.

Silibus Diiktiraf

Menggunakan silibus KAFA yang selaras dengan (JAIS) dan (JAKIM) untuk pembelajaran yang tersusun.

Kelas Lebih Fokus

Jumlah pelajar yang terkawal membolehkan setiap anak diberi bimbingan yang lebih dekat.

Pendaftaran Kini Dibuka untuk Tahun 1 – 6

Tempat adalah terhad bagi sesi akan datang

Pengajian AL-Quran

Anak dibimbing membaca al-Qur’an dengan lancar dan bertajwid sehingga yakin untuk membaca sendiri dalam kehidupan seharian.

Penguasaan Jawi

Anak mampu membaca dan menulis Jawi dengan baik sebagai asas memahami ilmu agama dengan lebih mendalam.

Solat Berjamaah

Anak membiasakan diri dengan solat berjemaah setiap hari, membentuk disiplin dan kefahaman ibadah sejak kecil.

Pembentukan Akhlak, Adab & Displin

Anak dibentuk menjadi peribadi yang beradab, berdisiplin dan tahu menghormati orang lain dalam kehidupan seharian.

Sasaran Akademik UPKK & PSRA

Anak dipersiapkan dengan latihan berfokus untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PSRA (Mumtaz) dan UPKK ( 9A ) dengan bimbingan yang tersusun.

Pembelajaran & Pembentukan Sahsiah

Anak membesar dengan keyakinan diri, jati diri yang kuat dan keseimbangan antara ilmu serta akhlak.

Tentang Sekolah

Sekolah Rendah Islam Al-Thaqafah ditubuhkan pada tahun 2004 di Kota Kemuning, Shah Alam dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bermula dengan hanya 16 orang pelajar, hari ini Al-Thaqafah menjadi tempat hampir 100 anak-anak menimba ilmu dalam suasana yang menekankan al-Qur’an, akhlak dan pembentukan sahsiah.

Di sini, kami percaya pendidikan bukan sekadar akademik…
tetapi membentuk anak-anak menjadi insan yang tahu membaca al-Qur’an, memahami agama dan berakhlak dalam kehidupan seharian.

Setiap hari adalah proses membina asas yang akan mereka bawa hingga dewasa.

Pilihan sekolah hari ini adalah asas kepada siapa anak kita di masa hadapan.
Program atau tahap pembelajaran yang ditawarkan

Struktur Pembelajaran

Di Sekolah Rendah Islam Al-Thaqafah, pembelajaran disusun secara berperingkat dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi memastikan setiap anak membina asas yang kukuh dalam ilmu, al-Qur’an dan akhlak.

Setiap tahap direka khas mengikut perkembangan anak supaya mereka bukan sahaja memahami, tetapi mampu mengamalkan dalam kehidupan seharian.

  • SESI PAGI (Tahun 1,2 dan 3)
    7.30 pagi-10.30 pagi
  • SESI PETANG (Tahun 4,5 dan 6)
    2.30 petang – 5.30 petang

Permohonan

Asas Pembelajaran (Tahun 1 – 3)
  • Tilawah Al-Qur’an (bacaan & tajwid asas)
  • Hafazan surah-surah penting
  • Jawi (bacaan & tulisan)
  • Akhlak & adab harian
  • Feqah asas (ibadah harian)

Di peringkat ini, anak-anak dibimbing secara konsisten untuk mengenal, membaca dan mencintai al-Qur’an serta membentuk asas akhlak dan adab sejak awal usia.

Fokus Pembelajaran
  • Kelas KAFA Tahun 1 – 6
  • Peperiksaan UPKK (Tahun 5)
  • Peperiksaan PSRA (Tahun 6)

Setiap hari di sini bukan sekadar belajar, tetapi proses membina asas kehidupan yang akan mereka bawa hingga dewasa.

Pilihan sekolah hari ini adalah asas kepada siapa anak kita di masa hadapan.

Pengukuhan & Persiapan (Tahun 4- 6)
  • Tajwid lanjutan
  • Sirah & pemahaman agama 
  • Penulisan (Imlak & Khat)
  • Pengukuhan Jawi
  • Persediaan UPKK & PSRA

Anak-anak dipersiapkan secara berfokus untuk menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA, sambil terus membina kefahaman agama, adab dan keyakinan diri.

Matapelajaran
  • Tilawah Al-Qur’an
  • Hafazan
  • Feqah
  • Akhlak
  • Jawi
  • Sirah
  • Tajwid
  • Imlak
  • Khat

Aktiviti Pembelajaran & Pembentukan Sahsiah

Tahun 1 – 3

Fokus Pembelajaran
  • Bacaan al-Qur’an & asas tajwid
  • Pengenalan Jawi & penulisan
  • Solat dan adab seharian
  • Pembentukan displin asas

Tahun 4

Fokus Pembelajaran
  • Kelancaran bacaan al-Qur’an
  • Pengukuhan Jawi & subjek KAFA
  • Pemahaman ibadah & amalan
  • Keyakinan diri, adab & disiplin

Tahun 5 – 6

Fokus Pembelajaran
  • Latihan intensif UPKK & PSRA
  • Pengukuhan semua subjek KAFA
  • Teknik menjawab & latih tubi
  • Bimbingan sahsiah & disiplin

Pilihan Hari Ini, Masa Depan Anak-Anak Kita

Klik WhatsApp untuk semakan kekosongan dan proses pendaftaran.